Secara umumnya, masyarakat melabelkan orang yang memerlukan keperluaan khas sebagai orang cacat (handicap), kurang upaya (disablility) dan ketidaksempurnaan (impairment).
Menurut Berdine,WH dan Blackhurst, AE. (1985 ), kecacatan merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh orang cacat ketika berinteraksi dengan persekitarannya; kurang upaya bermaksud kekurangan fungsi atau ketidakhadiran sesuatu organ tubuh badan tertentu dan ketidaksempurnaan pula merupakan kecederaan atau kecelaan tisu.
HANDICAP (CACAT)
Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal.
Contohnya: seseorang yang pekak mungkin merasa tercacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak – Kanak biasa. Sebaliknya, kanak – kanak yang sama tidak merasa tercacat dalam makmal sains.
DISABILITY (KURANG UPAYA)
- Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja tertentu yang dilakukan oleh individu normal.
- Individu kurang upaya tidak cacat, kecuali kekurangan itu membawa kepada masalah pembelajaran, masalah peribadi, masalah bercampur gaul, masalah melakukan pekerjaan dan masalah – Masalah lain. Contohnya seorang kanak – kanak lumpuh boleh pergi ke sekolah dengan menggunakan kerusi roda dan belajar bersama – sama kawan yang normal.
Contohnya: disleksia
IMPAIRMENT (KETIDAKSEMPURNAAN)
- mereka di tempatkan di sekolah – sekolah pendidikan khas masalah pendengaran dan masalah penglihatan, atau dikelas – kelas integrasi di sekolah biasa
- contohnya kanak – kanak masalah pendengaran (bisu dan pekak)
- masalah penglihatan (buta)
No comments:
Post a Comment