Thursday, 5 May 2011

Pengubahsuaian Cara Pengajaran Disleksia

teng-teng di pantai
 
Cara pengubahsuaian dilakukan :
Satu bentuk teng-teng dilukis sama ada di pantai atau di atas lantai. Guru boleh memilih tempat yang senang dituju dan tidak memerlukan perjalanan yang jauh. Jika pengajaran dilakukan di pasir, guru boleh menggunakan kayu untuk melukiskan teng-teng dengan bentuk yang bersesuaian. Dalam petak teng-teng berkenaan, guru menuliskan nombor-nombor yang akan diajarkan.

Cara mengajar :
Guru akan meberi arahan kepada kanak-kanak untuk melompat ke petak yang bernombor yang disebutkan. Arahan untuk melompat hendaklah mengikut turutan pada mulanya dan seterusnya boleh diubah kepada rambang. Guru juga boleh memanipulasikan teng-teng tersebut dengan memberi arahan untuk operasi tambah, tolak dan sebagainya.



terapi sentuhan melalui beras



Cara pengubahsuaian dilakukan :
Untuk mengubahsuai teknik pengajaran ini, kami menyediakan kadbod dengan saiz yang bersesuaian. Seterusnya, kadbod tersebut akan dilukis dengan abjad yang akan diajar dengan menggunakan kapur. Kemudiannya, salotape akan diletakkan di sekitar kadbod bagi mengelakkan bucu yang tajam pada sekitar kadbod mencederakan kanak-kanak dan juga merupakan salah satu aksesori bagi mencantikkan kadbod itu. Langkah seterusnya, gam akan dilekatkan dalam setaip abjad dan membentuk satu abjad seperti ‘b’ dan sebagainya. Selepas gam dilekatkan, beras akan terus ditabur bagi mengelakkan daripada gam tersebut kering. Akhir sekali, kadbod itu akan dibiarkan sehingga beras itu telah melekat dengan sepenuhnya pada kadbod itu.

Cara mengajar :
Setelah bahan bantu mengajar ini telah kering, guru akan bawa kadbod berkenaan kepada kanak-kanak disleksia untuk membolehkan kanak-kanak tersebut menyentuh dan merasa bentuk huruf berkenaan. Guru boleh bertanyakan huruf apa yang telah disentuh oleh mereka dan penilaian akan dibuat pada akhir pengajaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...