Thursday, 5 May 2011

Dasar-Dasar Pendidikan Khas di Malaysia

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978)

Pelaksaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut;

Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas adalah diperakuan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa itu. Di samping itu, penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas hendaklah terus digalakkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (30 JUN 1981)

-memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak berkeperluan khas.
-kementerian-kementerian yang terlibat
1. Kementerian Pendidikan 
2. Kementerian Kesihatan
3. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
4. Kementerian Buruh

Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997

seseorang murid dengan berkeperluan khas boleh dididik jika mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada Pengamal Perubatan, Pegawai Kementerian Pendidikan dan Pegawai Kebajikan Masyarakat 

Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran dijalankan selaras dengan peraturan-peraturan pendidikan (pendidikan khas) yang menyatakan “Guru-guru boleh mengubah suai teknik pengajaran bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.”

Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia telah menandatangani beberapa deklarasi antarabangsa dan memberi komitmen untuk melaksanakan saranan-saranan yang diajukan. Antara deklarasi tersebut adalah:
United Nations’ World Programme of Action Concerning Disable Persons (1983)
The World Declaration on Education for All (1990) 
The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement 1994)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...